Minyak zaitun mampu mencegah masalah 3 serangkai, menyokong kesihatan sendi dan tulang, membantu kawal berat badan, mengurangkan masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) dan gastritis dengan kebaikan yang disahkan oleh kajian saintifik dan moden.
EVOO membantu melindungi tulang rawan daripada kerosakan dan mengurangkan keradangan bagi mereka yang menghidap Rheumatoid Arthritis kerana ianya kaya dengan kandungan Oleocanthal memiliki kesan anti radang seperti ubat anti-radang bukan steroid (NSAID). Manakala Oleuropein menyokong pembentukan tulang dan mencegah kehilangan jisim tulang.
Polifenol dalam minyak zaitun extra-virgin membantu menstabilkan bacaan gula darah dengan menghalang pencernaan karbohidrat, mengurangkan pembebasan glukosa dari hati dan merangsang pengambilan glukosa oleh tisu badan. Kajian klinikal menunjukkan pengambilan diet Mediterranean dengan EVOO dapat mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2 hingga 40%.
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan polifenol seperti oleocanthal dapat mengurangkan keradangan kronik dengan menurunkan pro-radang (agen keradangan) dan melawan radikal bebas, molekul tidak stabil. Ini bukan sahaja melindungi saluran darah dan organ penting, tetapi menghalang pembentukan plak dalam salur darah dan menurunkan kadar kolesterol jahat.
Menghalang oksidasi LDL melalui kandungan Vit E, Vit K, Oleocanthal, Oleuropein di dalam EVOO. Minyak Zaitun mampu meningkatkan keutuhan lapisan endothelial salur darah, mencegah darah beku (platelet aggregation) dengan merangsang penghasilan apolipoprotein A-IV. Kajian juga mendapati EVOO mampu mengurangkan risiko strok sebanyak 41%.
Kuman Helicobacter pylori adalah punca utama gastrik. Kajian menunjukkan polifenol dalam minyak zaitun (hydroxytyrosol dan oleuropein) mampu membunuh sehingga 40% kuman H. pylori (termasuk yang tahan antibiotik) dalam masa 2 minggu. EVOO juga membantu mengatasi masalah GERD dengan menurunkan keasidan dan menguatkan injap antara perut dan esofagus.
Oleic acid di dalam minyak zaitun mampu untuk membantu mengatasi masalah perut buncit. Oleic acid ini akan menghasilkan sejenis hormon protein, adiponectin selepas 5 jam pengambilan minyak zaitun. Kesannya, adinopectin akan membantu meningkatkan metabolisme badan dan menjadikan pembakaran lemak tubuh lebih efisien.
EVOO mampu menurunkan risiko sebarang jenis kanser sebanyak 31%. Polifenol hydroxytyrosol berperanan mengurangkan proliferasi sel dan menghalang penyebaran serta pertumbuhan sel kanser. Sel-sel kanser yang ada akan mengalami apoptosis, iaitu proses di mana sel-sel kanser memusnahkan diri sendiri. Oleh itu, proses pembiakan sel-sel kanser menjadi perlahan dan sukar untuk berkembang.
Semuanya bermula dengan pemilihan minyak zaitun yang tepat dan terbaik untuk tubuh lebih sihat secara semulajadi!
2. Diproses menggunakan teknologi terkini mengikut standard & piawaian International Olive Council (IOC)
3. Dihasilkan daripada tuaian pertama buah zaitun muda yang dipetik secara manual yang lebih segar dan berkhasiat dengan menggunakan tangan pada permulaan musim menuai
4. Hasil perahan pertama (Extra Virgin) yang menggunakan teknik perahan sejuk (cold-pressed) tanpa melibatkan sebarang haba dan kimia bagi memelihara nutrisi di dalamnya.
5. Minyak yang diperah dari pokok zaitun asli, jenis Chemlali dari Tunisia yang mengandungi khasiat polifenol, 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin yang lain dan kaya dengan antioksidan yang tinggi
6. Didatangkan dalam bentuk pembotolan secara “Nitrogen Injection Bottling” dan botol yang gelap bagi mengekalkan khasiat antioksidan
7. Mempunyai nilai free acidity kurang dari 0.3%. Semakin rendah nilai free acidity, semakin berkualiti dan semakin bermanfaat minyak zaitun tersebut
8. Telah disahkan sebagai Extra Virgin Olive Oil melalui Analisa Kimia oleh makmal antarabangsa Makmal SGS, Tunisia yang diiktiraf oleh International Olive Council (IOC). Nilai keasidan ASHWA OLIVE ialah 0.2%
Ambil 1 sudu besar (15 ml) Ashwa Olive semasa perut kosong sekali sehari. Ashwa Olive boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur ke dalam makanan sebagai contoh boleh digunakan sebagai salad dressing dan boleh dicurahkan ke atas makanan selepas siap dimasak.
Boleh, ibu mengandung dan menyusu sangat digalakkan untuk mengamalkan Ashwa Olive kerana ia kaya dengan nutrisi seperti sumber lemak yang baik dan antioksidan yang bermanfaat bagi kesihatan secara keseluruhan.
Ashwa Olive selamat untuk digunakan dalam masakan tetapi disarankan untuk gunakan Ashwa Olive semasa menumis makanan yang menggunakan suhu yang rendah dan tidak disyorkan untuk menggunakan Ashwa Olive ketika menggoreng.
Boleh, Ashwa Olive boleh diamalkan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Ashwa Olive boleh diambil sehingga 2 sudu besar sehari.
Hanya simpan Ashwa Olive di tempat kering dan gelap. Elakkan daripada menyimpan di dalam peti sejuk.
Ya, Ashwa Olive selamat untuk diambil setiap hari sebagai sebahagian daripada pemakanan yang sihat. Minyak zaitun kaya dengan lemak sihat yang dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung dan kesihatan umum. Walaubagaimanapun, minyak zaitun masih berada di dalam kategori lemak dan mempunyai kalori. Pentingnya untuk ambil minyak zaitun dalam porsi sederhana. Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan penambahan kalori yang tidak diingini.
Boleh, tiada masalah kerana Ashwa Olive mengandungi antioksidan dan vitamin yang dapat memberikan kelembapan pada kulit dan rambut.
Sebaiknya jarakkan pengambilan Ashwa Olive selama 1-2 jam dengan ubat-ubatan.